• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Hotel Dijel, Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja hotel terpaksa ‘bermalam’ di penjara gara-gara berbogel dan menunjukkan kemaluan kepada seorang pelajar kolej, minggu lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 terhadap S. Reevandran, 24, selepas tertuduh mengaku bersalah berbogel dan menunjukkan kemaluan kepada gadis berusia 22 tahun itu dengan maksud mengganggu kesantunan mangsa.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Reevandran didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan lif tingkat 23A, sebuah kondominium di Setapak, di sini antara pukul 1 hingga 1.30 tengah hari, 6 Jun lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Ahmad Redza Mohd Noh memohon mahkamah memberi peluang kedua dan hanya menjatuhkan hukuman denda dengan alasan tertuduh adalah pesalah muda yang telah menyesal atas perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira perbuatan tertuduh yang salah dari segi undang-undang dan moral.

“Tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun saya memohon mahkamah mengambil kira faktor kepentingan dan keselamatan awam terutama wanita,” katanya.

Beliau berkata tertuduh juga tidak boleh sewenang-wenangnya menunjukkan kemaluan kepada sesiapa sama ada lelaki atau pun wanita. – BERNAMA

Tags: dendakemaluan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd