• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pamer Plat Palsu, Ibu Tunggal 3 Anak Didenda RM5,500

oleh Ahmad Albab
22/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal tiga anak didenda RM5,500 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada keretanya.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Aslizan Zabidin, 43, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaannya iaitu Mini Cooper berwarna hitam.

Aslizan, seorang perunding, didakwa mempamerkan nombor pendaftaran palsu iaitu “IJAN” di Jalan Imbi di sini pada 11 pagi, 26 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal tetapi tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah supaya dikenakan denda minimum dengan alasan dia seorang ibu tunggal dengan tiga anak.

Mengikut fakta kes, sepasukan polis dalam Ops Rondaan Cegah Kemalangan telah menahan sebuah kereta jenis Mini Cooper berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.

Selepas semakan dibuat melalui sistem MCOPS, PDRM mendapati nombor pendaftaran itu tiada dalam sistem JPJ. – BERNAMA

Tags: dendaibu tunggal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd