• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Jangan Bajet Baik – Nik Abduh

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyindir pemimpin Pakatan Harapan yang bersungguh-sungguh mahu PAS kembali bekerjasama dengan mereka sebagai golongan yang `bajet baik’.

Beliau dalam sindiran itu mempertikaikan kesediaan Pakatan Harapan memahami konsep `bersetuju untuk tidak bersetuju’ dengan PAS jika kerjasama itu berlaku lagi.

“Semua setuju nak berunding. Ada ke parti yang ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’? Kalau tak ada, kira mulut manis saja. Bajet baik,” sindir beliau dalam satu kenyataan semalam.

Nik Mohamad Abduh menegaskan, PAS kekal istiqamah dan mana-mana pihak yang menghalang Islam adalah musuh Islam.

“Islam berkata, semua yang menghalang Islam adalah musuh Islam. Di situ PAS berdiri sejahtera tanpa takut, tanpa hina dan tanpa sedih,” tegasnya.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan terutama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejak kelmarin bersungguh-sungguh memujuk PAS supaya kembali menjalin bekerjasama.

Ia ekoran kenyataan peribadi Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang diketahui ramai pro-Pakatan Harapan beberapa hari lalu menyeru PAS kembali bekerjasama dengan DAP, PKR serta Parti Amanah Negara (PAN).

Malah, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS melupakan segala perbuatan, penghinaan dan fitnah yang pernah dilemparkan DAP,PKR, PAN dan Mahathir ke atas parti itu.

Beliau turut memujuk seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS supaya menghormati sebarang perbezaan dengan DAP dan PKR dalam isu akidah Islam sebagai langkah berkompromi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudian mengeluarkan kenyataan membayangkan PAS sama sekali tidak akan kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Abdul Hadi menegaskan tidak akan ada sebarang tawar menawar dalam perkara membabitkan akidah Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nik Abduhpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ayahanda Allahyarham Nik Aziz Lebih Banyak Berdoa Untuk Kesatuan Islam Dan Melayu – Nik Abduh

Ayahanda Allahyarham Nik Aziz Lebih Banyak Berdoa Untuk Kesatuan Islam Dan Melayu – Nik Abduh

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya jauh lebih banyak...

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd