Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Burger McDonald’s Edisi Khas...

MCDONALD'S memang sudah tidak asing lagi buat penggemar makanan segera di seluruh dunia. Kunci utama...

PM Hadir Majlis Kahwin...

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menghadiri majlis...

Isu MB: Iskandar Tidak...

SHAH ALAM - Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad akan menghubungi...

Mahathir Mohon Maaf Tidak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana...

Ops Selamat: 2 Pemandu Bas Ditahan Positif Dadah

SEREMBAN – Dua daripada 37 orang pemandu bas dan teksi yang diperiksa dalam Ops Selamat 9/2016 di Terminal One dekat sini didapati positif syabu dan pil kuda.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Sembilan, Supt Dali Wahid berkata kedua-dua mereka ditahan setelah gagal dalam saringan air kencing.

“Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita selepas operasi yang dilakukan terhadap pemandu kenderaan pengangkutan hari ini.

Operasi yang diketuai Dali itu turut disertai anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Beliau berkata operasi seumpama itu akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa dan bukan hanya tertumpu pada musim perayaan sahaja.

Sementara itu, Dali berkata sebanyak 24 saman telah dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) setakat ini.

“Tiada saman dikeluarkan pada fasa pertama Ops Selamat 9/2016 yang bermula dari 29 Jun hingga 6 Julai, bagaimana pun bagi fasa kedua Ops Selamat yang bermula pada 7 hingga 13 Julai, setakat ini 24 saman telah dikeluarkan kerana menggunakan laluan kecemasan.


“Jadi semalam mungkin agaknya kenderaan banyak dan pengguna pula tidak sabar dan gunakan lorong kecemasan. Kita dah ambil tindakan mengeluarkan 24 saman kepada pengguna yang guna lorong kecemasan,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah kemalangan jalan raya yang dilaporkan setakat ini di Negeri Sembilan, Dali berkata sebanyak 525 kes kemalangan direkodkan setakat ini berbanding 522 kes tahun lepas.

“Kalau tahun lepas sebanyak 522 kes, tahun ini 525 kes kemalangan direkodkan setakat ini dan bagi kes kemalangan maut, kalau tahun lepas mencatatkan sembilan kes, tahun ini pun sembilan kes cumanya angka kematian adalah 10 orang.

“Bagaimana pun saya berharap agar kes kemalangan maut dapat dikurangkan sehingga Ops Selamat 9/2016 yang akan berakhir pada 13 Julai ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori