Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

92 Peratus Kes Hospital...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyelesaikan 92 peratus daripada 57,355 kes tertunggak yang...

Pindaan Akta Hasutan Dibuat...

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Hasutan 1948 yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua...

Kontraktor Binaan Maut Ditembak...

GEORGE TOWN - Seorang kontraktor binaan maut ditembak lelaki tidak dikenali ketika sedang...

TMJ Kekal Ketuai FMLLP,...

BERALIH ANGIN.... Meskipun Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah meletak jawatan sebagai Presiden Bola...

Nora Tak Kisah Dikritik Beraya Rumah Bekas Mertua

WALAUPUN ikatan perkahwinan putus di tengah jalan namun perkara itu sama sekali tidak menjadi penyebab buat aktres Nora Danish untuk terus menjarakkan diri dengan bekas keluarga mertuanya.

Menurut Nora ini kerana, anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, 7, merupakan cucu pertama buat keluarga bekas mertuanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan Rayqal sentiasa meluangkan masa bersama mereka.

Nora Tak Kisah Dikritik Beraya Rumah Bekas Mertua

Nora Tak Kisah Dikritik Beraya Rumah Bekas Mertua

Memetik mStar, Nora berkata, “Saya tidak akan sesekali memutuskan hubungan yang terjalin di antara Rayqal dan keluarga bekas suami kerana tiada sebab untuk saya berbuat demikian. Apa yang orang hendak kata itu saya tidak lagi mahu ambil peduli kerana paling penting niat saya adalah sekadar membawa Rayqal berhari raya bersama datuk dan neneknya, itu sahaja.

“Menjadi kebiasaan kerana Rayqal ialah cucu pertama dan rasanya tak salah saya berada di sana kerana saya sudah menganggap bekas ibu bapa mertua seperti keluarga sendiri. Orang yang bercakap buruk tentang saya mereka tak pernah berada dalam situasi, tidak mengapa kerana saya tidak minta mereka faham keadaan saya,” ujarnya lagi.


Nora Tak Kisah Dikritik Beraya Rumah Bekas Mertua

Tahun ini juga, Nora sempat meluangkan masa beraya di rumah bekas mertuanya pada 1 Syawal lalu dengan menggayakan persalinan biru kehijauan sedondon dengan ahli keluarganya yang lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori