• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasihat Netizen Untuk Datuk Red, Adira… Serius Pedas!

oleh AK-47
23/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya! Peribahasa ini sangat sesuai untuk dilemparkan kepada suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Apa tidaknya, gara-gara kenyataan ahli perniagaan itu yang menyatakan tangannya secara ‘automatik’ merangkul pinggang pelakon baharu Ruhainies semasa mereka keluar bersama membuatkan satu Malaysia ‘geleng kepala’.

Bukan itu sahaja, ‘kejujuran’ Datuk Red yang mengaku pada media menyukai Ruhainies dan sedia untuk menjadikan heroin Hello Mr. Perfect! itu sebagai isteri ketiga seandainya ada jodoh turut mengejutkan ramai.

Walhal, usia perkahwinan keduanya bersama Adira Suhami belum pun mencecah setahun atau dengan kata lain masih lagi di peringkat ‘honeymoon’.

Nasihat Netizen Untuk Datuk Red, Adira.. Serius Pedas!
Adira dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu.
Nasihat Netizen Untuk Datuk Red, Adira.. Serius Pedas!
Adira dan madunya.

Dek kerana itu juga, Datuk Red teruk dihentam netizen yang menyifatkannya sebagai suami yang tidak tahu erti untung dan syukur.

Malah, Facebook Mynewshub turut dihujani dengan pelbagai komen pedas netizen.

Apa yang luar biasanya, jarang sekali Mynewshub menerima komen-komen yang panjang lebar. Namun, kes video viral Datuk Red bersama Ruhainies ternyata ada impak yang tertentu.

Antara yang menarik perhatian Mynewshub adalah komen dari seorang pengguna Facebook bernama Nourafatima Nourafatima Nourafatima, khas buat Datuk Red dan Adira.

Nasihat Netizen Untuk Datuk Red, Adira.. Serius Pedas!

“Awak, kalau awak kata isteri pertama awak nak harta awak.. Awak silap ye.. awak masa kahwin dengan isteri pertama awak.. Bukan awak orang kaya pun.. Bila awak dah kahwin lain.. Then isteri pertama awak bergurau nak pi shopping habiskan harta.. Awak terus cop dia mata duitan.. Adil la.. da tu baru je kahwin dengan isteri kedua.. Dah cakap nak tambah tiga.. Boleh pulak cakap tak reti jaga hati isteri.. Reti jaga diri sendiri je..

“Giler betul awak ni.. Lepas tu awak cakap yang ketiga biar la yang muslimah.. Hey awak sedar diri tak? Lepas awak terpeluk terpegang terangkul automatik anak dara orang a.k.a calon bini ketiga yang tak jadi, then anak dara orang tu cakap awak nak perangkap dia.. terus awak bertukar selera nak yang muslimah.. mudahnya awak rosakkan anak orang.. anak orang tu pulak dengan relanya diri dipermainkan.. Awak dah sedap pegang orang.. tiba-tiba nak yang muslimah.

“Berubah dan bertaubatlah awak.. takut Allah balas teruk lagi.. awak jangan ingat hidup ni takde balasan.. awak aniaya isteri pertama dan juga isteri kedua.. yang kedua tak tau ler apa perasaan dia.. kesian sangat.. itu la kak A bila awak buat orang.. orang akan buat awak balik.. suami awak sendiri belum tentu nak hormat awak sebab dia sendiri pun leh nilai perangai awak yang merampas suami orang.. Allah bayar cash tau.. apa pun salute dengan isteri pertama awak sebab cool je.. sebab awak tahu yang pertama lah baik dan ikhlas dengan awak.. jangan tipu diri sendri awak.. tepuk dada tanya iman.. hihi.”

Komen tersebut turut mendapat disokong oleh netizen lain yang ‘likes’ nasihat tersebut.

Adira mendirikan rumah tangga bersama Adnan sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Pada petang Jumaat, peminat hiburan dikejutkan dengan penyebaran video mesra pelakon Ruhainies dan suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu yang dilihat keluar bersama di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota, baru-baru ini.

Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan mempunyai hubungan istimewa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AdiraDatuk Redruhainiessuami adira
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Daesh: Mengaku Terima Arahan Serang Malaysia

Next Post

Tragedi Main ‘Dayung Bot’, Murid Tahun 5 Mati Lemas

Related Posts

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

Kemasukan Murid Ke Sekolah Rendah Tahun Ini Capai 99 Peratus – Fadhlina

A Aida ‘Blacklist’ Ruhainies Untuk Produksinya

12/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Penerbit terkenal, Datuk A Aida mendedahkan dia sudahpun 'blacklist' (senarai hitam) pelakon Ruhainies daripada berlakon dalam produksi miliknya....

Next Post

Tragedi Main 'Dayung Bot', Murid Tahun 5 Mati Lemas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd