• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Kucing Jalanan Terbela Atas ‘Ugutan’ Netizen

oleh AK-47
28/07/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKUMPULAN kucing jalanan yang akan diusir keluar dari sebuah muzium di China terselamat, gara-gara warga netizen tempatan bangkit memprotes tindakan dari pihak muzium tersebut.

Menurut sebuah laman berita, kucing-kucing liar itu dikatakan berkeliaran di sekitar Muzium Xian Beilin yang dahulunya merupakan sebuah kuil dan terletak di tengah negara tersebut.

Nasib Kucing Jalanan Terbela Atas 'Ugutan' Netizen

Bagaimanapun, detik hitam bagi kucing-kucing yang tinggal di situ bermula apabila seekor kucing dewasa telah mencederakan seorang kanak-kanak.

Difahamkan, kucing dewasa itu secara tidak sengaja telah mencakar kanak-kanak terbabit yang cuba bermain-main dengan anak haiwan tersebut.

Susulan kejadian itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit telah membuat laporan dan mengadu kepada pihak muzium berkenaan.

Nasib Kucing Jalanan Terbela Atas 'Ugutan' Netizen

Justeru, pihak muzium berkenaan memutuskan untuk menangkap kucing-kucing tersebut dan memindahkannya ke tempat lain pula.

Namun tindakan drastik daripada pihak pengurusan muzium tersebut mendapat tentangan hebat daripada netizen negara berkenaan.

Beribu-ribu pengguna media maya membanjiri akaun laman sosial Weibo muzium itu, mendesak agar kucing-kucing tersebut tidak diganggu.

“Jangan usir mereka dari rumahnya, mereka tidak mempunyai tempat tinggal, dan tidak harus dipersalahkan dalam kejadian yang berlaku,” kecam seorang pengguna media sosial.

Nasib Kucing Jalanan Terbela Atas 'Ugutan' Netizen

Oleh kerana mendapat tentangan hebat daripada warga tempatan, pengendali muzium berkenaan memutuskan bahawa kucing-kucing jalanan itu boleh terus berkeliaran di kawasan muzium tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak muzium menggesa agar para pengunjung yang hadir tidak mendekati atau bermain-main dengan kucing-kucing tersebut.

Selain dibenarkan mendiami kawasan muzium terbabit, kucing-kucing tersebut akan disuntik dengan vaksin dan dibersihkan daripada kutu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ChinaKucing jalanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd