• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhammad Aizat Raih Pingat Emas Pertama Perlis

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – “Ini pingat emas pertama seumur hidup saya”, itulah luahan hati gembira Muhammad Aizat Ahmad Nazim selepas memenangi pingat emas acara angkat berat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di sini.

Lebih manis kegembiraannya itu turut diraikan ibu bapanya, Ahmad Nazim, 49 dan Akashah Mat Isa, 49.

Muhammad Aizat berjaya mengangkat 117 kilogram dalam ‘clean and jerk’ kategori 50kg Lelaki untuk mengatasi pesaing terdekat Mohamad Harith Lutfie Adnan dari Pulau Pinang dengan angkatan 116kg.

Pingat gangsa menjadi milik Syazwan Nizam Khadry dari Pahang dengan angkatan 105kg.

“Selepas kecewa acara ‘snatch’ tadi saya cuba untuk beri fokus terbaik dalam ‘clean and jerk’ walaupun saya tahu saya ada sedikit kekurangan dalam acara itu.

Kemenangan ini adalah hasil strategi jurulatih saya,” kata atlet berusia 21 tahun dari Beseri itu.

Muhammad Aizat agak kecewa apabila gagal mencapai sasaran pingat emas akibat kelebihan berat badan dalam acara ‘Snatch’ selepas beliau dan dua lagi peserta, Mohamad Harith Lutfie dan Muhammad Zahrul Nizam Zamzuri membuat jamlah angkatan yang sama, 97kg.

Dari segi teknikal, berat badan Mohamad Harith Lutfie (49.25kg) dan Muhammad Zahrul Nizam (49.50kg) adalah lebih ringan berbanding Muhammad Aizat dengan berat badan 49.78kg.

“Saya sasar dua pingat emas di sini. Saya yakin yang saya boleh memberi persembahan terbaik dalam kedua-dua acara. Sebelum ini saya kurang menyerlah dalam ‘clean and jerk’. Selepas menjalani latihan selama 45 hari Indonesia, saya
dapat perbaiki kelemahan saya dalam acara itu. Saya bersyukur dengan pencapaian di sini,” tambah beliau.

Menurut Muhammad Aizat, beliau bermula agak lewat dalam sukan angkat berat iaitu ketika berusia 18 tahun dan pada Sukma pertamanya di Perlis, beliau sekadar menyumbang dua pingat gangsa dalam kategori 52kg.

Beliau turut berharap dengan pencapaian di sini beliau dapat diserap ke dalam program ‘Kita Juara’. – BERNAMA

Tags: Sukma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

20/08/2022
0

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan terdapat sebarang unsur sabotaj oleh persatuan sukan di sebalik pengguguran 12 acara Sukan Malaysia...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd