• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT Corp, Rapid Rail Muktamad Perjanjian Serah MRT

oleh Ahmad Albab
03/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) dan Rapid Rail Sdn Bhd, menandatangani perjanjian penyerahan serta pengoperasian, yang secara rasminya melantik Rapid Rail sebagai pengendali Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Selain keperluan operasi bagi laluan berkenaan, perjanjian itu juga memperincikan obligasi Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, melibatkan penyelenggaraan gerabak, stesen, sistem dan aset lain.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata ia merupakan saat bersejarah bagi MRT Corp kerana ia menandakan transformasi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang daripada projek yang dalam pembinaan, ke arah pengoperasian laluan berkenaan.

“Sepanjang enam tahun lepas, MRT Corp bekerja keras untuk mewujudkan sistem MRT moden, dan kini kami menghampiri saat penyerahan projek yang kami wujudkan kepada pengendali yang dilantik, katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Menerusi perjanjian itu, Rapid Rail dilantik sebagai pengendali untuk tempoh 10 tahun, dengan pilihan membolehkan lanjutan tempoh selama lima tahun lagi.

Perjanjian itu disediakan atas dasar terma pajakan aset dengan Rapid Rail memajak daripada MRT Corp dengan bayaran tahunan, kata MRT Corp.

“Rapid Rail akan menjalankan operasi laluan MRT dan mengekalkan semua tambang yang dikutip, manakala MRT Corp akan mengekalkan hasil bukan tambang, seperti pendapatan daripada pengiklanan dan pajakan runcit. Tambang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya.

Rapid Rail juga bertanggungjawab ke atas menyelenggara aset.

Bagaimanapun, kos pembersihan utama akan ditanggung oleh MRT Corp, sebagai pemilik aset.

MRT Corp akan menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke atas Rapid Rail bagi memastikan aset beroperasi pada tahap tertinggi.

KPI itu juga akan membolehkan MRT Corp mengoptimumkan kos kitaran hayat pengurusan aset.

Pada akhir tempoh pajakan, aset akan dikembalikan kepada pemilik aset dalam situasi yang saksama.

Prasarana juga akan mengendalikan sistem bas pengantara yang akan menyediakan sambungan pertama hingga ke peringkat akhir dalam rangkaian MRT.

Fasa pertama Laluan SBK – antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Semantan – akan mula beroperasi pada Disember 2016, manakala operasi peringkat kedua yang meliputi keseluruhan laluan, bermula pada Julai 2017.

Untuk itu, penyerahan oleh MRT Corp kepada Rapid Rail akan dijalankan dalam dua peringkat mengikut dua tarikh operasi.

Kerajaan sebelum ini memutuskan Prasarana atau anak syarikatnya, akan mengendalikan operasi Laluan SBK, laluan pertama Projek MRT Lembah Klang yang dibangunkan oleh MRT Corp.

Ini bagi memastikan integrasi lengkap perkhidmatan MRT dengan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan perkhidmatan monorel sedia ada yang dikendalikan oleh Rapid Rail.

MRT Corp akan kekal sebagai pemilik aset Laluan SBK. – BERNAMA

Tags: MRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd