• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Mesyuarat 3 Pihak Peringkat Menteri 19 Julai

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Mesyuarat tiga pihak peringkat menteri mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang akan diadakan pada 19 Julai di Kuala Lumpur untuk membincangkan hala tuju pencarian.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata menteri pengangkutan dari Malaysia, China dan Australia akan menghadiri mesyuarat itu bagi membincangkan langkah seterusnya mengenai pencarian pesawat malang itu yang hilang pada 8 Mac 2014.

“Kami (Malaysia, China dan Australia) tidak akan menghentikan pencarian. Kami komited untuk menamatkan pencarian di kawasan meliputi 120,000 km persegi. Setakat ini, kami telah selesai pencarian mencakupi 107,000 km persegi.

“Kami akan membuat pengumuman mengenai hala tuju itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan walkalators iWalk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.

Liow berkata, cuaca buruk telah menghalang operasi mencari. Bagaimanapun misi pencarian akan diteruskan pada Oktober apabila keadaan cuaca bertambah baik.

Sementara itu, Liow menyambut baik pelantikan Peter Bellew sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines yang baharu.

“Beliau arif dengan MAB dan telah membantu Christoph Mueller. Ia menyaksikan peralihan tugas yang berjalan dengan amat lancar.

“Saya sangat yakin bahawa MAB mampu untuk kembali mencatatkan keuntungan. Kami mengharapkan semoga semuanya terbaik,” katanya.

MAB semalam mengumumkan Bellew untuk menggantikan Mueller, yang meletakkan jawatan pada 10 Mac tetapi akan terus berkhidmat bagi memenuhi notis enam bulan perletakan jawatannya sehingga 9 Sept. Mueller akan bercuti dan meletakkan jawatan dari Lembaga Malaysia Airlines bermula hari ini.

Bellew mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri penerbangan. Beliau menjadi anggota pasukan pengurusan kanan Malaysia Airlines sejak 1 September tahun lepas. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd