• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: Mayat Bergelimpangan, 60,000 Penagih Serah Diri

oleh AK-47
31/07/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAMPIR seramai 60,000 penagih dadah di Filipina telah menyerah diri kepada kerajaan selepas Presidennya, Rodrigo Duterte memberi ugutan untuk membunuh pengedar dan penagih dadah di negara berkenaan.

Duterte yang diberi gelaran sebagai ‘The Punisher’ telah memenangi pilihan raya pada Mei lalu dan beliau berjanji akan mengenakan tindakan undang-undang yang keras di atas semua kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Keturunan s*al ini telah memusnahkan anak-anak kita. Saya memberi amaran kepada anda semua agar jangan terlibat dalam penyalahgunaan dadah walaupun anda merupakan seorang anggota polis kerana saya benar-benar akan membunuh anda,” kata Duterte dalam ucapannya di ibu negara berkenaan.

Presiden Komunikasi Pejabat Setiausaha, Martin Andanar berkata, hampir 60,000 orang penagih telah menyerah diri kepada pihak berkuasa sejak kempen terhadap dadah dipergiatkan di bawah pentadbiran Duterte.

Mayat Pengedar Dadah Bergelimpangan, Lebih 60,000 Serah Diri

Selain daripada itu, polis turut mengesahkan bahawa pihaknya telah membunuh lebih daripada 110 orang suspek sejak Duterte berkuasa manakala laporan berita tempatan menunjukkan bahawa angka berkenaan adalah sekitar 200 orang.

Polis Filipina turut mengesahkan kematian lapan pengedar dadah sewaktu serbuan mengejut yang dilakukan pada sabtu malam di sebuah bandar di utara tanah air.

Mayat Pengedar Dadah Bergelimpangan, Lebih 60,000 Serah Diri

Mayat Pengedar Dadah Bergelimpangan, Lebih 60,000 Serah Diri

Mayat Pengedar Dadah Bergelimpangan, Lebih 60,000 Serah Diri

Mayat Pengedar Dadah Bergelimpangan, Lebih 60,000 Serah Diri

Mayat Pengedar Dadah Bergelimpangan, Lebih 60,000 Serah Diri

Menurut laporan tempatan, sekurang-kurangnya 43,000 orang pengedar dadah telah diadili dan 300 kilogram syabu juga berjaya dirampas.

Difahamkan, Duterte turut memberi amaran berhubung pertumpahan darah yang akan berlaku secara meluas sebagai sebahagian daripada perang kerajaan terhadap pengedaran dadah di negara berkenaan.

Menurut laporan akhbar South China Morning Post, semasa kempen pilihan raya yang lalu, Duterte turut berikrar bahawa sekitar 100,000 orang penagih bakal mati dan mayat mereka akan dibuang di Manila Bay untuk dijadikan makanan kepada ikan.

Selain itu, Duterte turut memberi jaminan kepada polis untuk melindungi mereka daripada ugutan oleh pengedar dadah di negara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Dailymail

Tags: dadahFilipinakes dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKR Tak Setuju, Pilihan Raya Awal P.Pinang Tak Jadi

Next Post

Cipta Rekod Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun

Related Posts

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

24/06/2025
0

Kuala Lumpur: Taktik penyeludupan dadah melalui penghantaran kurier dikekang menerusi pembangunan sistem kawalan keselamatan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia...

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR: penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dan penggunaan rokok elektronik atau vape berleluasa dalam kalangan belia bukan lagi isu...

Next Post

Cipta Rekod Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd