• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kedah Naik Kepada 476 Orang Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
21/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di Kedah meningkat kepada 476 orang setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 385 orang petang semalam.

Sehingga pagi ini juga, enam pusat pemindahan masih beroperasi manakala 11 yang lain ditutup.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar (PA) Imran Azemi berkata jumlah itu membabitkan 132 keluarga di daerah Yan, Kuala Muda, Baling dan Pendang.

Bagi daerah Yan, seramai 79 mangsa ditempatkan di Surau Kampung Batu 22, Surau Kampung Teroi Bukit (117), Surau Kampung Sungai Lintang (62), Kampung Sungai Malai (44) dan Dewan Shukor Yan (67).

Bagaimanapun, menurut Imran, empat pusat pemindahan iaitu di Masjid Titi Teras, Surau Nurul Huda Batu 18 1/2, Surau Kampung Lubuk Boi dan Surau Kampung Setar telah ditutup.

Di Pendang, satu pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Dewan Cenderawasih yang menempatkan 107 orang daripada 31 keluarga.

Pusat pemindahan lain yang ditutup adalah tiga di daerah Baling iaitu Surau Kampung Seputeh, Surau Kampung Tawar dan Dewan Orang Ramai Macang Bubuk.

Menurutnya, kesemua empat pusat di daerah Kuala Muda iaitu Dewan Keda dan Surau Kampung Tepi Sungai, Surau Kampung Batu 5, Surau Kampung Sungai Rotan dan Surau Kampung Guar Stesen ditutup tengah hari semalam.

Keadaan cuaca pada sebelah pagi ini pula adalah mendung, kata Imran. – BERNAMA

Tags: Kedahmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd