Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Mindef kenal Pasti Kawasan...

GENTING HIGHLANDS - Kementerian Pertahanan akan mengenal pasti lokasi tertentu termasuk di Sabah...

Mayat Bayi Perempuan Ditemui...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemui orang awam...

Kilang Nafi Keluar Memo...

KLANG - Sebuah kilang beg plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar di sini...

Pendedahan Isteri, Buat Ezany...

NAMPAKNYA kemelut rumah tangga pelakon Ezany Nizariff bersama isterinya Lizda Nuryanti Abidin semakin kritikal. Jika semalam...

Malaysia Perlu 40% Pekerja Berkemahiran Tinggi – Riot

KUCHING – Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 40 peratus pekerja berkemahiran tinggi daripada seluruh tenaga kerja dalam usaha menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata bagaimanapun, ketika ini negara hanya memiliki 28 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Katanya menyedari masih ada jurang untuk diisi, kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 telah menyasarkan untuk meningkatkan nisbah tenaga kerja berkemahiran tinggi kepada 35 peratus menjelang tahun 2020.

“Komposisi guna tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia adalah masih rendah berbanding dengan negara maju yang telah mencapai peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi melebihi 40 peratus.

“Oleh itu, kementerian komited untuk menggembleng usaha-usaha pembangunan kemahiran bagi mempertingkatkan penggunaan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa merasmikan Sidang Kemuncak Sumber Manusia: Kemahiran dan Kecekapan Sumber 2016, di sini hari ini.


Riot berkata kerajaan akan terus merekayasa program latihan kemahiran agar lebih relevan dan bersepadu bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.

Sementara itu. Riot berkata ketika ini dianggarkan ada sejumlah 3.6 juta pekerja asing di negara ini.

Beliau berkata dari jumlah itu, 1.9 juta merupakan pekerja asing yang sah manakala bakinya adalah yang bekerja secara haram. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori