• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Lelaki Didakwa Seludup 46 Migran

oleh Ahmad Albab
01/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Lima lelaki asing termasuk seorang lelaki warga tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan menyeludup 46 migran Indonesia.

Warga tempatan, S. Krishna Rao, 27, bersama empat lagi warga Indonesia — Supratman, 35; Irwansyah Putra, 27; Jumardi, 24; dan Muhammad Rizky Pasaribu, 25, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani namun tiada pengakuan direkodkan.

Mereka melakukan kesalahan itu di Kunci Air Bagan Lipas, dekat Bagan Datoh kira-kira 6 pagi, antara 7 dan 9 Jun lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula kes sementara menunggu permohonan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Pati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd