• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Hina Mahkamah – Tan Tuan Tat

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Lim Guan Eng perlu segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang susulan beberapa tuduhan rasuah dan kesalahan lain membabitkan pemimpin pembangkang itu.

Bekas Pengerusi DAP Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, Guan Eng seolah-olah ‘kebal’ apabila berani menjalankan program awam yang terang-terang suatu tindakan menghina pihak mahkamah.

“Satu sesi penerangan Ketua Menteri bersama rakyat telah diadakan di Pulau Pinang semalam dan program sebegini sebenarnya jelas merupakan satu penghinaan terhadap institusi mahkamah.

“Saya berharap pihak berwajib ambil tindakan memandangkan kes yang dibawa ke mahkamah tidak boleh dibincang menggunakan platform lain,” ujar Tuan Tat pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Tuan Tat, kepimpinan Guan Eng turut disifatnya sebagai gila kuasa kerana menggunakan status sebagai Ketua Menteri dan Setiausaha Agong DAP dijadikan alasan berlindung di sebalik tuduhan peribadi ke atasnya.

“Jawatan di dalam kerajaan dan di dalam parti tidak boleh disalahgunakan demi kepentingan diri.

“Kes ini merupakan satu kes peribadi, oleh itu Guan Eng patut menjawab pertuduhan dihadapinya di dalam mahkamah bukannya menganjurkan perhimpunan di jalanan,” katanya.

Tuan Tat menambah, hakikat Guan Eng perlu segera meletak jawatan adalah wajar disebabkan pertuduhan rasuah yang dikenakan oleh mahkamah terhadapanya masih lagi di bawah siasatan.

“Saranan melepaskan jawatan adalah wajar kerana setakat yang umum ketahui tidak ada seorang pun penjawat awam yang terus menjawat jawatan semasa kes dibawa ke mahkamah.

“Contohnya, kes rasuah melibatkan seorang Ketua Pengarah tidak lama dahulu, beliau meletakkan jawatan setelah kes dibawa ke mahkamah, dan setelah terbukti tidak bersalah, jawatan itu diberi semula kepada beliau,” katanya.

Khamis lalu, Guan Eng didakwa atas dua tuduhan rasuah berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn yang dibelinya di bawah nilai pasaran dan menggunakan kedudukannya bagi meluluskan permohonan pengezonan semula lot pertanian kepada lot perumahan – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPLim Guan Engpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd