• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGE Tak Perlu Letak Jawatan Atau Bercuti

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan Lim Guan Eng tidak perlu meletakkan jawatan atau mengambil cuti daripada tanggungjawab sebagai ketua menteri sementara menunggu kes perbicaraan rasuahnya selesai, kata Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

Katanya beliau mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat itu dan disokong Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy.

“Kami mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) ketua menteri untuk memimpin exco dan kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ramasamy yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata kesemua exco sebulat suara menyokong keputusan itu dan memberi kepercayaan kepada Lim untuk terus mentadbir Pulau Pinang.

Pada Khamis lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Pada Rabu, Lim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd