• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Mahu Jumpa TMJ Bincang Persaraan 4 Pemain JDT

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berhubung persaraan empat pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada skuad negara.

Khairy berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan perjumpaan dengan pemilik JDT itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata perjumpaan dengan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu adalah penting bagi mengetahui punca sebenar empat pemain berkenaan mengambil keputusan sedemikian dalam tempoh kira-kira 48 jam.

“Jangan kita terlalu cepat menghukum mana-mana pihak dalam kes ini sebab saya tengok dalam media sosial banyak komen negatif terhadap keputusan pemain berkenaan serta FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia).

“Tugas saya adalah mencari penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan TMJ untuk kita atasi dan sekiranya dapat diatasi, kita boleh memilih pemain terbaik bagi menghadapi Piala AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN) nanti,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Hari Raya Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan, di sini, hari ini.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; isterinya yang juga penaung MPM, Tun Jeanne Abdullah; isteri Khairy, Nori Abdullah dan barisan kepimpinan MPM.

Pemain sayap, S Kunanlan dan Mohd Amirulhadi Zainal hari ini mengumumkan keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasmi JDT; The Southern Tigers.

Tindakan itu hadir dua hari selepas Safiq Rahim yang juga kapten skuad kebangsaan dan pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak turut mengambil keputusan bersara daripada skuad kebangsaan kerana dikatakan mahu memberi peluang kepada pemain muda.

Khairy berharap pertemuan dengan TMJ membolehkannya melihat secara mendalam mengenai dakwaan Tunku Ismail bahawa pemain JDT mengalami kecederaan sekembalinya daripada mewakili skuad kebangsaan selain mendakwa tempoh latihan yang singkat mendorong kepada kecederaan tersebut.

“Kalau itu adalah pandangan TMJ, maka perlu kita buat perubahan kepada sesi latihan untuk skuad kebangsaan tapi beri masa kepada saya untuk buat kajian dengan lebih mendalam bagi mencari apa sebenarnya yang menjadi masalah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd