• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Saman Hassan Berhubung Isu Jualan Arak Di Selangor

oleh Ahmad Albab
18/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad memfailkan saman terhadap bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali atas dakwaan memfitnahnya berhubung isu jualan arak, kewujudan pusat judi dan rumah urut di Selangor, empat tahun lepas.

Khalid yang kini anggota jawatankuasa (AJK) Parti Amanah Negara (Amanah) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 29 April lepas melalui firma guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co dan menamakan Hassan sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid selaku plaintif mendakwa Hassan, yang ketika itu Exco Kerajaan Negeri Selangor, mengucapkan kata-kata berunsur fitnah secara lisan dalam ceramahnya di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 Shah Alam, pada 2013.

Beliau mendakwa video ucapan itu kemudiannya disunting dan dimuat naik ke laman media sosial YouTube yang boleh diakses orang ramai secara terbuka.

Khalid juga mendakwa perkataan yang diucapkan Hassan tidak berasas, tidak benar dan berunsur fitnah yang memberi kesan terhadap reputasi, imej dan nama baiknya, yang ketika itu AJK PAS Pusat.

Beliau mendakwa pernyataan fitnah itu bermaksud beliau seorang pemimpin anti-Islam dan mengkhianati Islam dengan mempertahankan penjualan arak, kewujudan pusat judi dan rumah urut ynag bertentangan dengan hukum Islam.

Sehubungan itu, Khalid menuntut ganti rugi am dan teruk, perintah injunksi bagi menghalang defendan atau wakilnya daripada mengulangi kata-kata itu, kos, faedah serta relif lain yang sesuai oleh mahkamah.

Hassan dalam pernyataan pembelaan, yang difailkan pada 27 Jun lepas, mendakwa perkataan yang diucapkan itu adalah satu fenomena umum dalam senario politik di Malaysia iaitu pihak-pihak mengkritik antara satu sama lain demi kepentingan politik masing-masing.

Menurutnya perkataan yang digunakan dengan merujuk Khalid sebagai Anggota Parlimen Shah Alam merupakan satu komen berpatutan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menetapkan 24 Ogos depan bagi pengurusan kes itu selepas ia disebut di hadapannya hari ini, dengan dihadiri peguam Muhammad Faiz Fadzil mewakili Khalid dan peguam Elina Abdul Rashid bertindak bagi pihak Hassan. – BERNAMA

Tags: Khalid Samadsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd