KUALA LUMPUR – Kes demam denggi dijangka meningkat dalam tempoh dua minggu selepas musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berlalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan statistik kes demam denggi sebelum ini.
“Cuti perayaan yang baru berlalu telah mempengaruhi situasi denggi semasa. Jumlah kes demam d3 hingga 9 Julai 2016 telah menurun sebanyak 25 peratus.
“Trend kes mingguan ini hampir sama setiap tahun di mana pada masa cuti perayaan ramai pesakit tidak pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kes dijangka meningkat dua minggu selepas cuti ini berlalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Noor Hisham dalam pada itu menyarankan masyarakat supaya k membersihkan kawasan persekitaran rumah masing-masing.
Katanya, orang ramai wajar meluangkan masa setiap minggu untuk melaksanakan aktiviti ‘cari dan musnah’ tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.
Menurutnya, masyarakat turut diingatkan mengamalkan langkah perlindungan diri daripada gigitan nyamuk aedes dengan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan repelan.
“Semburan aerosol juga boleh dilakukan di dalam rumah pada waktu nyamuk aktif menggigit iaitu dari pukul 5 hingga 7 pagi dan 5 hingga 7 petang.
“Selain itu, bagi mereka yang mengalami demam hendaklah dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran, kerana komplikasi demam denggi boleh membahayakan nyawa pesakit,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

