• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Lunas Tunggakan Gaji 5 Bekas Pemain

oleh Ahmad Albab
22/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penantian lima bekas pemain Kelantan ke atas tunggakan gaji mereka, bakal berakhir Isnin ini.

Ini berikutan kesediaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melunaskan tunggakan berjumlah RM355,000 kepada Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata pembayaran kepada lima bekas pemain Kelantan itu akan dibuat melalui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan cek rasmi pembayaran akan diserahkan kepada badan induk itu Isnin ini.

“KAFA berjaya melunaskan hutang itu mengikut tarikh akhir yang ditetapkan FAM iaitu sebelum 31 Julai ini,” katanya ada sidang akhbar di sini.

Episod malang pemain itu bermula selepas menamatkan kontrak mereka dengan KAFA untuk menyertai pasukan lain musim ini, sehingga terpaksa membuat aduan kepada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM).

Pada 3 Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam mencadangkan kepada FAM agar melakukan pemotongan mata kepada KAFA sekiranya persatuan itu gagal menjelaskan tunggakan gaji kepada bekas pemainnya sebelum 31 Mei ini.

Tempoh itu kemudian dilanjutkan oleh FAM sehingga 31 Julai ini.

Kevin juga dilaporkan sebagai berkata sekiranya KAFA masih gagal menjelaskan hutang berkenaan, FMLLP turut mencadangkan kepada FAM agar pasukan Kelantan diturunkan ke Liga Perdana atau disingkirkan daripada Liga Malaysia.

FMLLP ialah entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia bermula musim ini.- BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tokoh Ulama Negara Tuan Guru Haji Salleh Meninggal Dunia

Next Post

Pembangkang Guna Isu Semasa Untuk Dipolitikkan

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Annuar Musa Sah Mohon Sertai PAS

Annuar Musa Sah Mohon Sertai PAS

20/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan dirinya sudah mengemukakan permohonan bagi menyertai PAS....

Next Post

Pembangkang Guna Isu Semasa Untuk Dipolitikkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd