• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tokoh Ulama Negara Tuan Guru Haji Salleh Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Seorang daripada tokoh ulama di negara ini, Salleh Musa, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh, meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 malam ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pada usia 87 tahun kerana sakit tua.

Pembantu peribadinya, Khairul Nazwan Dzulqarnain berkata Allahyarham Salleh yang mengadu tidak sihat kira-kira jam 7.30 pagi, dihantar dengan ambulans dari rumahnya di Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik ke HSB.

“Allahyarham sebelum ini memang sudah uzur, mengalami sakit tulang belakang, kerapkali juga mendapatkan rawatan di hospital. Allahyarham juga disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 malam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke madrasah malam ini sebelum dikebumikan esok di pondok Pekan Sik.

Allahyarham Salleh, yang mendalami bidang agama sejak kecil, berpeluang menuntut ilmu bersama ulama terkemuka di Makkah, antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.

Selepas pulang ke tanah air sekitar tahun 1964, beliau membantu bapanya, Tuan Guru Musa Salleh, mengajar di pondok Pekan Sik dan mengambil tanggungjawab menguruskan pondok selepas Tuan Guru Musa meninggal dunia.

Sepanjang hayatnya, anak kelahiran Sik ini giat meneruskan usaha dakwahnya, dan pada tahun 2009, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Pendakwah Negeri Kedah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, enam anak lelaki serta lima perempuan.- BERNAMA

Tags: meninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd