• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Menurun Kepada 192 Orang

oleh Ahmad Albab
22/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di Kedah menurun kepada 192 orang setakat pukul 4 petang berbanding 281 orang pagi tadi.

Sehingga petang ini, tiga pusat pemindahan masih beroperasi manakala 14 yang lain sudah ditutup.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar (PA) Imran Azemi berkata jumlah itu membabitkan 58 keluarga di daerah Yan dan Pendang.

Bagi daerah Yan, seramai 48 mangsa ditempatkan di Surau Kampung Batu 22 dan Surau Kampung Sungai Lintang seramai 47 mangsa.

Bagaimanapun, menurut Imran, tujuh pusat pemindahan di daerah itu iaitu di Surau Teroi Bukit, Masjid Titi Teras, Surau Nurul Huda Batu 18 1/2, Surau Kampung Lubuk Boi, Surau Kampung Setar, Kampung Sungai Malai dan Dewan Shukor Yan telah ditutup.

Di Pendang, satu pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Dewan Cenderawasih yang menempatkan 97 orang daripada 28 keluarga.

Pusat pemindahan lain yang ditutup adalah tiga di daerah Baling iaitu Surau Kampung Seputeh, Surau Kampung Tawar dan Dewan Orang Ramai Macang Bubuk.

Menurutnya, kesemua pusat di daerah Kuala Muda iaitu Dewan Keda dan Surau Kampung Tepi Sungai, Surau Kampung Batu 5, Surau Kampung Sungai Rotan dan Surau Kampung Guar Stesen ditutup tengah hari semalam. – BERNAMA

Tags: mangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd