• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Dan Anak Antara 8 Ditahan Kes Pecah Rumah

oleh Ahmad Albab
20/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ibu dan anak antara lapan yang ditahan Isnin lepas kerana dipercayai terbabit kes pecah rumah dan premis perniagaan di sekitar Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata ibu berumur 38 tahun dan anak lelakinya 18 tahun bersama tangkapan lain ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Lavender Height di sini.

“Pada Jumaat lepas, sebuah kedai tayar di kawasan perindustrian Taman Tasik Jaya telah dipecah masuk dan bertindak atas maklumat orang awam, polis telah menjumpai sebuah kereta Perodua Myvi berhampiran kawasan kejadian.

“Pemeriksaan di dalamnya menemukan barang yang digunakan untuk pecah rumah dan dokumen … dan berdasarkan alamat di dalam dokumen tersebut, polis telah buat serbuan di Lavender Height dan menahan lima lelaki dan tiga wanita berusia 18 hingga 38 tahun pada Isnin lepas,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata dalam serbuan itu, dua buah kereta iaitu jenis Proton Wira dan Iswara turut dirampas.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati kedua-dua buah kereta itu juga mempunyai barang diragui dan peralatan pecah rumah.

“Lima daripada mereka didapati positif dadah dan kesemua mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau antaranya dikehendaki di Perak dan Mantin,” katanya.

Muhamad Zaki berkata berdasarkan siasatan, terdapat bukti yang menunjukkan kumpulan ini terlibat dalam empat kes pecah rumah dan premis perniagaan.

“Kita akan jalankan siasatan bagi melihat sama ada mereka terlibat dengan kes-kes lain. Saya percaya jenayah yang dilakukan kumpulan ini juga berpunca daripada ketagihan dadah memandangkan kebanyakan daripada mereka positif dadah.

“Kita juga percaya kereta-kereta ini digunakan untuk melakukan jenayah dengan bertukar-tukar kereta bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata mereka direman bermula semalam hingga esok untuk siasatan. – BERNAMA

Tags: pecah rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd