• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hidup Rakyat Selangor Mewah? – PKR

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mendakwa rakyat negeri itu kini hidup dalam penuh kesejahteraan hasil perkongsian kekayaan ekonomi Selangor.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei mendakwa kononnya sejak Selangor diperintah PKR, `kek’ kekayaan ekonomi negeri itu telah diagihkan secara adil ke atas rakyat.

“Rakyat mendapat kesejahteraan hasil perkongsian kekayaan ekonomi negeri secara saksama melalui program merakyatkan ekonomi Selangor.

“Rezab negeri terus meningkat melebihi empat bilion dan pengagihan `kek’ ekonomi lebih adil,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Shuhaimi mendakwa rakyat negeri lain tidak akan menikmati kesejahteraan seperti rakyat Selangor jika pembangkang gagal menawan Putrajaya.

Justeru, dakwanya, usaha mengembalikan kerjasama Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dengan PAS perlu direalisasikan.

“Jika kita tidak memulakan politik muafakat secara segera dan strategik, mana tertinggallah harapan rakyat,” dakwanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menyeru seluruh pemimpin, ahli dan penyokong parti itu kembali bekerjasama dengan DAP dan parti Pakatan Harapan yang lain.

Tuan Ibrahim yang merupakan pemimpin tertinggi PAS tetapi pro-Pakatan Harapan ‘dalam diam’ turut menyeru ahli dan penyokong PAS melupakan segala penghinaan dan fitnah yang permah dilemparkan DAP, PKR dan PAN ke atas parti Islam itu jika mahu memperoleh kuasa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd