• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Spekulasi Mengenai Ahmad Husni

oleh Ahmad Albab
01/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai tindakan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang melepaskan semua jawatan dalam Kabinet dan UMNO baru-baru ini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata masyarakat perlu memberi ruang kepada bekas Menteri Kewangan Kedua itu untuk bertenang dan membuat keputusan yang betul mengenai masa depannya.

“Kita perlu menghormati keputusan beliau dan tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai perletakan jawatannya.

“Saya pun tidak pasti di mana beliau (Husni) berada, kita cuma tahu mengenai perletakan jawatan beliau apabila setiausaha politik beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau menerusi laman media sosial,” katanya.

Beliau berkata sedemikian pada Majlis Syukur Ramadan, Raikan Syawal bersama rakan-rakan media di sini.

Lebih 350 pengamal media mewakili pelbagai agensi percetakan dan elektronik hadir memeriahkan majlis.

Pada Isnin, Ahmad Husni melepaskan semua jawatannya dalam UMNO dan hanya mengekalkan jawatan anggota Parlimen Tambun manakala pada Jumaat sebelumnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga menafikan dakwaan bahawa anggota Parlimen Tambun itu meletak jawatan kerana tidak bersependapat dengan kepimpinan negara.

Katanya beliau juga terkejut ketika mendengar perletakan jawatan Husni kerana Bekas Bendahari UMNO itu telah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semenjak zaman pemuda UMNO lagi.

“Beliau seorang yang setia di dalam parti dan saya yakin beliau tidak akan mengikut jejak langkah Tun Mahathir dengan meninggalkan parti dan berpihak kepada pembangkang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Husni Hanadzlah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Husni Yakin BN Mampu Sapu Bersih Tambun

29/04/2018
0

IPOH - Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yakin Barisan Nasional (BN) akan menyapu bersih kerusi Parlimen...

‘Saya Orang Anwar, Tapi Saya Tinggalkan Dia’ – Husni

01/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mendedahkan bahawa enam tokoh pembangkang yang parti mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd