• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Seekor Ayam RM30 Di Kota Bharu – KPDNKK

oleh Ahmad Albab
09/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Segelintir peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah di sini mengambil kesempatan sempena sambutan Aidilfitri dengan menjual ayam sehingga RM30 seekor tanpa menggunakan alat penimbang.

Perbuatan itu dikesan dalam pemeriksaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan di pasar berkenaan hari ini.

Pengarahnya, Datuk Abdul Ghani Harun berkata hasil pemeriksaan itu mendapati ada peniaga meletakkan tanda harga RM8 bagi sekilogram ayam namun menjualnya dengan harga RM12 sekilogram.

“KPDNKK Kelantan mengesan kebanyakan peniaga menaikkan harga ayam sejak Khamis lepas dan kita menerima 16 aduan dari seluruh negeri berhubung kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut.

Justeru, katanya, pihaknya mengeluarkan 17 notis tunjuk sebab kepada peniaga ayam di pasar tersebut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Abdul Ghani berkata peniaga yang diberikan notis diminta memberi jawapan dalam tempoh dua minggu berhubung kesalahan yang dilakukan bagi mengelak mereka dikenakan tindakan mahkamah.

Beliau berkata siasatan awal mendapati peniaga mendakwa terpaksa menaikkan harga ayam kerana dibeli dengan harga yang tinggi daripada pemborong.

Kata Abdul Ghani, kesemua cawangan KPDNKK termasuk di Pasir Mas, Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah turut diarah supaya menjalankan pemeriksaan harga ayam.

Sebelum ini, KPDNKK menyenaraikan 21 jenis barangan termasuk ayam dengan harga RM7.90 sekilogram di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri berkuat kuasa dari 16 Jun hingga 6 Julai ini. – BERNAMA

Tags: ayamKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd