• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hapuskan Birokrasi Lapuk, Mudah Bantu Gelandangan

oleh Ahmad Albab
11/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masalah birokrasi lapuk dalam kalangan agensi kerajaan dalam memberi bantuan kepada gelandangan perlu diatasi segera, kata aktivis kemanusiaan.

Rata-rata mereka berpendapat masalah itu telah lama menghantui golongan berkenaan sehingga ada yang terpaksa mengemis dan meminta sedekah kerana terlalu lama menunggu bantuan tiba.

Penaung Persatuan Belia Nur Kasih, Senator Shahanim Mohd Yusof berkata birokrasi merupakan masalah paling utama dihadapi golongan gelandangan untuk cuba mengubah kehidupan mereka.

Beliau berkata sepanjang aktiviti pihaknya bersama golongan gelandangan, mereka mengadu bantuan sukar diperoleh daripada pihak berwajib kerana masalah seperti tiada alamat tetap, tidak mempunyai pekerjaan, tiada dokumen pengenalan diri, dokumen perkahwinan dan cerai serta sebagainya.

“Kalau ada permohonan daripada mereka, badan berkaitan seperti zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat jangan tolak terus. Turun siasat, jangan tengok kertas permohonan sahaja, pergi tengok dekat mana mereka tidur.

“Janganlah semata-mata kerja sampai pukul 5 sahaja. Cuba datang waktu malam dan tengok golongan gelandangan. Apa guna bangunan pencakar langit tetapi di bawahnya bersepah dengan gelandangan,” katanya kepada Bernama.

Senada dengannya, Setiausaha Pertubuhan Kemanusiaan dan Kebajikan Antarabangsa Malaysia (MyWelfare), Nurainie Haziqah Shafi’i berkata agensi berkaitan sepatutnya bekerjasama dan turun padang dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memahami situasi dan masalah dihadapi golongan gelandangan.

“Bila kita berurusan dengan orang yang memerlukan, kurang berkemampuan, mereka ini mempunyai masalah seperti tidak pandai membaca, tiada alamat tetap, kehilangan dokumen persendirian yang penting dan sebagainya.

“Perkara sebegini boleh menyebabkan masalah birokrasi timbul. Matlamatnya, kita mahu menolong, bukan menyusahkan orang yang sudah sememangnya susah,” katanya yang sering turun membantu gelandangan di sekitar Masjid Negara.

Nurainie turut berkata jumlah wang zakat yang dikutip harus digunakan sebaik mungkin termasuk untuk membantu gelandangan yang layak.

Seorang lagi aktivis kemanusiaan, Norhelmy Ahmad berkata sepanjang penglibatannya dengan sebuah NGO di Johor Baharu, golongan gelandangan lebih mudah didekati dan diselami permasalahan mereka di waktu malam.

“Di waktu siang, mereka mungkin tiada di ‘port’ tertentu kerana keluar meminta sedekah malah bekerja dan lain-lain lagi. Seharusnya mereka didekati pada malam hari,” katanya. – BERNAMA

Tags: birokrasigelandangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

04/08/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang lelaki gelandangan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin kereta di Stesen Monorel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd