• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Persoal PKR Tidak Desak Guan Eng Bercuti

oleh Ahmad Albab
21/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan menyelar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti berikutan kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, desakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu sebenarnya pra-matang kerana Najib tiada kaitan dengan kenyataan Jabatan Kehakiman AS tersebut.

“Perdana Menteri tidak didakwa malah namanya tidak disebut oleh Jabatan Kehakiman AS. Justeru permintaan Presiden PKR itu tidak pra-matang dan tiada kaitan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Keng Liang seterusnya menegaskan Wan Azizah sekadar mempamerkan sikap `double standard’ dengan kenyataan beliau itu kerana tidak pernah mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya bercuti.

Menurut beliau, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP secara terang-terangan dituduh di mahkamah atas kes rasuah tetapi beliau masih terus bertindak sebagai seorang Ketua Menteri.

“Berdasarkan prinsip-prinsip yang dikatakan Presiden PKR (ke atas Najib), kami percaya Guan Eng yang sepatutnya mengambil cuti sementara menunggu keputusan perbicaraan di mahkamah.

“Ini adalah keadaan yang jelas di mana seseorang yang memegang jawatan pegawai tertinggi negeri didakwa di mahkamah atas dakwaan rasuah,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa Wan Azizah memberi pengecualian kepada Guan Eng sedangkan banyak desakan oleh pihak lain supaya Ketua Menteri itu bercuti.

“Kami menggesa PKR berpegang kepada kata-katanya dengan menuntut Guan Eng untuk pergi bercuti tanpa sebarang alasan lagi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPGerakanPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd