• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Tempatan Perlu Masa Untuk Capai Tahap Matang

oleh Ahmad Albab
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kejayaan beberapa pembikin filem tempatan mencapai tahap jualan ‘Box Office‘ di pawagam beberapa tahun kebelakangan ini membuktikan bahawa karya mereka semakin mendapat tempat di hati peminat filem di negara ini.

Namun, bagi mencapai tahap kematangan yang setanding dengan hasil karya filem Hollywood, mereka perlu diberi sedikit masa dan ruang bagi membentuk identiti bersifat ‘universal’ yang boleh diterima oleh masyarakat dunia.

Pensyarah Kanan Filem dan Animasi dari Swinburne University Of Technology Kampus Sarawak, Gregory Wee Lik Hoo berkata, dari segi aspek teknikal dan teknologi filem, pembikin filem tempatan tidak kurang hebatnya, malah ada di antara mereka yang mempunyai kepakaran yang boleh dibanggakan.

“Pembikin filem negara telah berjaya menguasai teknologi filem dan kita telah berada di landasan yang sepatutnya, namun filem kita masih tidak mempunyai identiti sendiri yang mantap.

‘Usaha ini perlu dilakukan secara bersama dalam memastikan bahawa identiti filem negara benar-benar mantap dan mampu diterima oleh masyarakat antarabangsa namun dalam mencari indentiti, ciri-ciri tempatan harus dikekalkan bersama,” katanya.

Beliau memuji usaha penerbit filem ‘Polis Evo‘ dan ‘The Journey‘ kerana berjaya mencapai tahap jualan pecah panggung atau disebut Box Office sebelum ini.

Pada tahun lepas, filem Polis Evo hasil arahan Ghaz Abu Bakar berjaya memecah rekod kutipan pawagam apabila berjaya mengutip jualan tertinggi selama lima bulan sebanyak RM17.47 juta.

Manakala filem The Journey hasil karya Chiu Keng Guan yang diterbitkan pada tahun 2014 berjaya mencapai tahap jualan RM17.28 juta.

Sementara itu, Pensyarah kanan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Nur Afifah Vanitha Abdullah mempunyai pendapat berbeza, beliau berkata pembikin filem negara masih berada di tahap jauh kebelakang dari segi pembentukan cerita jika dibandingkan dengan filem Hollywood.

“Dari sudut teknikal filem, kita tidak ketinggalan jauh apabila berjaya menghasilkan filem yang mengunakan teknik yang canggih setanding dengan filem luar, namun ianya masih tidak memadai untuk mengatasi filem Hollywood yang mempunyai jalan cerita yang lebih baik dan disukai oleh penonton,” katanya.

Katanya dalam menghasilkan karya, pembikin filem tempatan perlu memastikan bahawa penonton mendapat sesuatu setelah keluar dari pawagan, barulah filem yang dihasilkan boleh dianggap hebat. -BERNAMA

Tags: filem tempatanMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Daripada Setiap Lapan Orang Bekerja di Malaysia Pekerja Asing – BERSAMA

Satu Daripada Setiap Lapan Orang Bekerja di Malaysia Pekerja Asing – BERSAMA

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti BERSAMA menyifatkan cadangan pemimpin DAP, Lim Guan Eng supaya pekerja asing dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum...

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kekesalan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput dan menerima kunjungan rasmi Min...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd