• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FIFA Iktiraf Padang Bola Sepak MPSJ

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Padang Bola Sepak Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menggunakan rumput tiruan dan dibuka sepenuhnya pada 1 Jun lalu mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, padang itu memperoleh pengiktirafan antarabangsa berkenaan melalui pensijilan FIFA yang diperakui FIFA Quality Pro dengan pengiktirafan dua bintang.

“Padang Bola Sepak Arena MPSJ telah dibuka sepenuhnya pada 1 Jun 2016. Inisiatif penggunaan rumput tiruan ini dilaksanakan berdasarkan penggunaan padang yang lebih kerap selain dapat menjimatkan kos penyelenggaraan sehingga 21 peratus.

“Penganugerahan pensijilan ini adalah sah bagi tempoh satu tahun bermula pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2017 dan pihak MPSJ sedang menunggu untuk mendapatkan sijil asal daripada pihak FIFA,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhammad Azli berkata, pihak MPSJ melaksanakan kerja-kerja memasang rumput tiruan itu bermula 30 Disember 2015 sehingga 30 Mei 2016 dengan kos sebanyak RM 1.7 juta.

Kata beliau, sSesi pengujian bagi mendapatkan pensijilan FIFA dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Acousto – Scan Pty Ltd. dan pihak MPSJ telah berjaya menepati beberapa kriteria yang ditetapkan.

Tambah beliau, Pengiktirafan itu salah satu inisiatif MPSJ bagi menyediakan kemudahan sukan yang berkualiti serta bertaraf antarabangsa yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat, golongan belia serta remaja di bawah pentadbiran MPSJ.

“Arena MPSJ ini juga dilengkapi dengan kemudahan lain antaranya padang bola sepak bersaiz FIFA, trek balapan yang diiktiraf oleh IAAF, bilik teknikal, pentas, bilik persalinan, grandstand penonton, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring dan gelanggang badminton/sepak,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FIFAMPSJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak akan lari daripada sebarang cabaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd