• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ferguson Tunggu Ronaldo, Nani Demi Pelukan Hangat

oleh AK-47
12/07/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Bekas pengurus Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson, menjadi salah satu tokoh yang turut gembira dengan kejayaan Portugal menjadi juara Piala Eropah 2016.

Ini kerana secara kebetulan mantan dua ‘anak buah’ kesayangannya di MU, Luis Nani dan Cristiano Ronaldo berada dalam skuad kebangsaan negara itu.

Ferguson turut menyaksikan perlawanan final Euro 2016 yang berlangsung di Stadium de France, Paris.

Beliau yang berasal dari Scotland kelihatan menghampiri ke arah tangga, tempat para pemain Portugal menuruni tangga selepas menerima pingat anugerah juara kejohanan.

Dalam video yang disiarkan menerusi portal 101 Great Goals, Ferguson kelihatan berhasrat memberikan ucapan tahniah untuk Nani dan Ronaldo.

Beliau sanggup berdiri di pinggir tangga demi memberikan pelukan hangat untuk pemain-pemain yang pernah membantunya meraih kejayaan bersama The Red Devils.

Lelaki berusia 74 tahun itu memanggil Nani yang kemudian memberinya pelukan hangat. Ferguson juga memberi ucapan tahniah kepada jurulatih Portugal, Fernando Santos.

Setelah menunggu, akhirnya Ferguson melihat Ronaldo menuruni tangga dan terus memanggilnya. Ronaldo kelihatan terkejut gembira melihat Ferguson hadir dalam perlawanan Final Euro 2016.

Dia juga tersentak dan terus memeluk Ferguson dan kedua-duanya saling membisikkan sesuatu. Portugal mengalahkan Perancis 1-0 selepas Eder menyumbat gol 90 minit selepas masa tambahan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cristiano RonaldoEuro 2016Manchester Unitedportugal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Portugal Umum Iktiraf Secara Rasmi Palestin Esok

Portugal Umum Iktiraf Secara Rasmi Palestin Esok

20/09/2025
0

ISTANBUL: Portugal akan mengiktiraf Palestin secara rasmi, umum Kementerian Luar semalam, sekali gus menjadi negara terbaharu mengambil langkah itu menjelang...

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd