• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Sasar Eksport Durian Cecah RM80 Juta Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan eksport durian pada tahun ini mencecah RM80 juta, disokong oleh permintaan yang tinggi terutama dari China.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata pada tahun lepas jumlah eksport durian mencatat RM64.88 juta, yang mana 50 peratus daripada pasaran eksport itu datang dari China.

“Pada tahun lepas, pengeksportan durian ulas ke China adalah sebanyak 551,159 kilogram dengan nilai eksport RM26.2 juta,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Pengeksportan Durian ‘Pengukuhan dan Pematuhan Eksport Durian Malaysia’, di sini hari ini.

Beliau berkata disebabkan permintaan yang tinggi terhadap durian Malaysia daripada penduduk China, FAMA melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sedang meneroka pasaran lebih luas bagi durian sejuk beku di negara berkenaan.

Ahmad berkata buat masa ini Malaysia mengeksport durian ulas dan durian pes dari jenis D24 dan D197 atau lebih dikenali dengan Musang King, ke negara China.

“Ketika ini hanya sembilan pengusaha fasiliti memproses durian beku termasuk dua yang diusahakan oleh FAMA, mendapat kelulusan bagi mengeksport durian sejuk beku ke China.

“Sebanyak 29 kilang lagi sedang menunggu untuk diaudit dan diperiksa oleh jabatan yang berkaitan supaya kilang tersebut mematuhi dan layak untuk eksport produk mereka ke China,” katanya.

Ahmad berkata sebelum durian sejuk beku boleh dieksport ke China, pengusaha terlibat mestilah memastikan durian mereka datang dari ladang yang menerima sijil Skim Akreditasi Ladang Malaysia dan diproses di kilang yang mengamalkan Amalan Pengilangan Baik.

Selain itu, isi durian hendaklah disejuk beku pada suhu -30 darjah celcius selama 30 minit, disimpan dan dieksport pada suhu -18 darjah celcius, kata Ahmad.

Ahmad berkata bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap durian jenis Musang King, FAMA sedang mengusahakan kaedah cantuman dewasa yang mana pucuk Musang King dicantumkan kepada tunas pokok durian biasa.

“Melalui kaedah ini, dalam tempoh tiga tahun pokok durian tersebut akan membuahkan durian jenis Musang King.

“Ini lebih bekesan berbanding cara penanaman biasa iaitu menanam dari benih dan mengambil masa lapan ke 10 tahun untuk pokok tersebut membuahkan hasil,” katanya.

Seminar yang dihadiri 150 peserta ini diadakan bertujuan untuk menerangkan dan memberi kefahaman kepada peserta tentang keperluan dan syarat pengeksportan durian segar dan sejuk beku ke luar negara.

Program ini merupakan kerjasama di antara FAMA, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. – BERNAMA

Tags: DURIANFAMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd