• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Teliti Dakwaan Tunku Mahkota Johor – Afandi

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang meneliti secara terperinci dakwaan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung penyelewengan dalam persatuan itu.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Afandi Hamzah berkata FAM juga akan mengadakan beberapa perbincangan lanjut berhubung perkara tersebut.

“Buat masa ini perkara ini sedang dilihat secara terperinci dalam semua aspek dan mungkin beberapa siri perbincangan akan berlaku… kita tunggulah saat itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kitar Semula (3R), Pengasingan Sisa di Punca dan Pengurusan Sisa Industri di Medan Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Pengkalan Chepa di sini, yang turut dihadiri Pengarah MARA Kelantan, Ismail Abdullah hari ini.

Pada 18 Julai lepas, Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers mendedahkan beliau memiliki satu pemacu pena yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau mendakwa pemacu pena itu menyimpan aktiviti rasuah di FAM yang didakwanya berlarutan sehingga 30 tahun.

Katanya pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Afandi berkata laporan lengkap berhubung pertemuan antara Bendahari FAM, Datuk Seri Norza Zakaria dan Tunku Ismail semalam akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Saya tak boleh komen kerana saya pun hanya baca dalam akhbar perjumpaan antara Norza dan Tunku Ismail.

“Tapi sudah pasti dalam masa terdekat kita akan dapat baca laporan mengenai perjumpaan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd