MANCHESTER – Sir Alex Ferguson paling porpular dalam sejarah Manchester United(MU). Sejak Ferguson meletakkan jawatannya sebagai jurulatih, MU pun hilang kejayaan. Kini, Jose Mourinho mempersiapkan strategi dan mengikuti cara Ferguson demi kebangkitan The Red Devil.
Bercerita tentang kejayaan MU, nama Ferguson jelas tidak boleh dilupakan. Semua akan bersetuju jika mengatakan Ferguson sebagai jurulatih paling berjaya dalam sejarah MU. Lihat saja apa yang sudah dilakukan bersama The Red Devils pada November 1986 hingga Mei 2013.
Ferguson telah bersama MU dalam 1,500 perlawanan. Maklumat rekod Ferguson bersama MU adalah 895 kemenangan, 338 keputusan seri, dan 267 kekalahan. MU juga menjaringkan 2,769 gol dan bolos 1,365 gol.
Bukan hanya itu, MU juga mengumpul 38 trofi bersama Ferguson. Bermula dari 13 gelaran Liga Premier Inggeris, Â lima Piala FA, Â empat Piala Liga, 10 Perisai Komuniti, Â dua Liga Juara-Juara, Â satu Piala Winners, Â satu Piala Super Eropah, Â satu Piala Intercontinental, Â dan satu Piala Dunia antara kelab.
Yang hairan disini, keputusan Ferguson meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih justeru membuat prestasi pasukan meningkat turun malah sudah ramai jurulatih yang mencuba nasib menjadi seperti Ferguson tetapi sehingga kini MU belum menemukan peganti yang tepat. – MYNEWSHUB.CC

