• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Tawar Kadar Khas Kompaun Trafik Bermula 6 Ogos

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kompaun trafik sempena kempen ‘Membayar Tunggakan Hasil DBKL’ di 32 lokasi di seluruh ibu negara bermula 6 hingga 20 Ogos ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata dalam tempoh itu, pesalah trafik yang mempunyai tunggakan kompaun hanya perlu membayar RM20 bagi motosikal.

Beliau berkata bagi kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV), van, lori kecil, pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) pesalah hanya perlu membayar RM30 manakala RM100 bagi kenderaan berat.

“Sepanjang tahun lepas, 1.2 juta kompaun tertunggak bernilai RM1.4 juta melibatkan kesalahan trafik dicatatkan dan DBKL berharap agar melalui kadar khas ini warga kota boleh mengambil peluang melunaskan hutang masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mhd Amin Nordin berkata melalui kempen itu juga, warga kota boleh membayar cukai taksiran, sewa perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA), sewaan gerai pasar di kaunter-kaunter yang disediakan.

Beliau berkata kaunter berkenaan dibuka dari 9 pagi hingga 2 petang dan senarai lokasi boleh didapati di laman web DBKL www.dbkl.gov.my.

Tambahnya, sebanyak RM102 juta daripada RM1.2 bilion cukai taksiran tidak dijelaskan oleh pemilik harta, manakala RM32 juta daripada RM64 juta sewa perumahan PPR/PA tidak dijelaskan dan RM7.5 juta daripada RM17 juta sewaan gerai pasar turut didapati tertunggak.

“Sebaik tamat tempoh kempen ini, DBKL akan mengambil tindakan tegas iaitu operasi sita dan tindakan mahkamah ke atas pemilik harta yang gagal melunaskan tunggakan cukai taksiran mereka.

“Bagi penyewa kediaman PPR/PA serta gerai pasar, DBKL akan menamatkan penyewaan dan juga tindakan mahkamah,” kata Mhd Amin Nordin.

Mengenai iklan atau poster haram, beliau berkata DBKL akan membatalkan lesen premis terhadap syarikat yang menampal iklan atau poster secara haram di kawasan awam.

Selain itu, deposit akan dikenakan bagi setiap permohonan lesen premis baharu dan pelanggaran klausa larangan mempamer iklan haram akan menyebabkan deposit diambil serta-merta.

Sepanjang tahun lepas hingga 15 Julai tahun ini, 1.6 juta poster dan iklan haram telah diturunkan oleh pasukan penguat kuasa khas membanteras iklan dan poster haram dengan 672 kompaun dikenakan. – BERNAMA

Tags: DBKLkompaun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd