• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Gaji Minimum Mampu Tingkat Pendapatan Pekerja

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pelaksanaan dasar gaji minimum yang berkuat kuasa 1 Julai lalu, mampu meningkatkan pendapatan pekerja tempatan, sekali gus meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata dasar gaji minimum yang dilaksanakan melalui pendekatan berimbang antara majikan dan pekerja berkenaan juga akan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap pekerja asing.

“Ia (dasar gaji minimum) juga dapat mengurangkan kadar kemiskinan negeri Sabah yang kini sebanyak empat peratus,” katanya dalam teks ucapannya sempena perasmian Program Kembara Kerjaya Sabah, Konvoi Kembara dan Karnival Pekerjaan 2016 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kamal Pardi.

Menurut Riot Malaysia tidak lagi mahu bergantung kepada kos buruh yang rendah untuk bersaing dalam pasaran global kerana Malaysia tidak lagi mampu dan mempunyai kelebihan daya saing jika dibandingkan dengan negara jiran yang memilik buruh yang ramai dan murah.

Katanya melalui peningkatan kadar gaji minimum ini, tenaga kerja tempatan mendapat manfaat kerana pelaksanaan gaji minimum akan meningkatkan kos pengambilan tenaga kerja asing kerana majikan terpaksa membayar levi serta caj lain, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan.

Bercakap kepada pemberita kemudian Adenan berkata pelaksanaan dasar gaji minimum berkenaan telah diterima semua pihak kerana sebelum pelaksanaannya perbincangan mendalam melibatkan kerajaan, majikan dan pekerja telah dilakukan.

Katanya, masa secukupnya juga telah diberikan kepada semua pihak untuk menimbangkan segala aspek berhubung dasar itu dan sebelum kerajaan menetapkan kadar gaji minimum.

“Penguatkuasaan akan dilakukan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah. JTK akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan dasar berkenaan dipatuhi majikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gaji MinimumRichard Riot Jaem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun 2027

Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd