PELAKON dan model terkenal, Cara Delevigne mengakui gemar melakukan hubungan seks dalam pesawat.
Perkara itu didedahkannya menerusi temubual dengan majalah Love keluaran terbaharu.
Cara, yang merupakan seorang biseksual kini menjalinkan hubungan intim dengan model wanita, St. Vincent.

Menurut Cara; 24, dia gemar melakukan seks bukan sahaja di tandas pesawat malah di tempat duduknya.
“Saya sering melakukan hubungan seks di atas kapal terbang tapi selalu tertangkap. Ianya sangat sukar untuk tidak tertangkap.
“Ada sekali saya melakukan seks di tempat duduk dan seorang penumpang lelaki asyik memerhatikan hingga saya dan pasangan terpaksa menyuruh pramugari menegur lelaki tersebut supaya berhenti melihat,” katanya menceritakan antara pengalaman melakukan seks di atas awan.


Model kelahiran British tersebut sebelum ini pernah berpacaran dengan aktres Michelle Rodriquez dan ahli kumpulan One Direction, Harry Styles. – MYNEWSHUB.CC