• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Kerjasama Kepada Saudi Susulan Serangan – TH

oleh
09/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan berhubung rapat dengan Kedutaan Malaysia dan Kementerian Haji Arab Saudi untuk mendapatkan maklumat terkini dan tatacara langkah keselamatan yang perlu diambil oleh bakal jemaah bagi musim haji tahun ini.

Ini susulan serangan pengebom bunuh diri di Jeddah, Qatif dan Madinah di Arab Saudi semalam yang menurut TH sama sekali tidak melambangkan ajaran Islam yang menitik berat aspek kesucian tempat ibadat, keamanan, toleransi dan kemakmuran, kata TH.

“Maklumat berkaitan keselamatan itu akan diuar-uarkan kepada bakal jemaah haji Malaysia semasa Kursus Perdana Haji atau sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci,” menurut TH dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu seterusnya menyebut semua umat Islam perlu bersatu padu dalam memastikan keganasan yang berlaku itu tidak berulang selain memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Arab Saudi dalam menangani ancaman berkenaan.

“TH yakin kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan semua agensi keselamatan berkenaan untuk meningkatkan usaha menangani kemungkinan ancaman keganasan di negara itu,” kata kenyataan itu.

Sambil menyatakan TH sedih atas serangan di tiga lokasi itu, lembaga itu menyarankan agar semua pihak tidak mengaitkan insiden yang berlaku untuk kepentingan pihak tertentu.

Dalam pada itu, TH berkata lembaga berkenaan telah membangunkan Pelan Pengurusan Bencana Operasi Haji Tanah Suci sebagai persediaan menghadapi musim haji tahun ini. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiTabung HajiTH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd