• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berhati-Hati Keluar Kenyataan Sentuh Budaya, Agama

oleh Ahmad Albab
14/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua pihak perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutamanya yang menyentuh budaya dan agama kerana ia boleh mengundang reaksi balas daripada pihak tertentu, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut berharap pihak polis segera melengkapkan siasatan ke atas kenyataan Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang didakwa menghina sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

“Ini supaya tidak ada lagi pihak yang memberi reaksi balas (ke atas kenyataan Nga). Saya berharap semua pihak berhati-hati keluarkan kenyataan yang mengguris hati kerana tentu ada reaksi balas (terhadap kenyataan yang dikeluarkan),” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Luar Bandar dan Wilayah di sini hari ini yang dihadiri hampir 10,000 tetamu.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mohd Yassin yang ditemui pada majlis itu berkata, Nga tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana budaya memberikan duit ketika perayaan sudah lama menjadi amalan di Malaysia.

“Bukan sahaja orang Islam malah masyarakat Cina pun memberikan ang pau kepada orang tua, kanak-kanak dan golongan yang tidak berkemampuan,” jelasnya.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, tindakan Pemuda UMNO berarak dan berhimpun di ibu pejabat DAP baru-baru ini merupakan satu protes kepada kenyataan Nga yang mengguris hati orang Melayu.

Ekoran status berkenaan, polis membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan ke atas Nga kerana menghina sambutan Aidilfitri dalam akaun Facebook miliknya pada Selasa lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis menerima beberapa laporan terhadap entri Facebook Nga dan sudah memulakan siasatan untuk memastikan sama ada entri tersebut dibuat oleh Nga atau tidak. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd