• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Malaysia Diminta Segera Sesuaikan Diri Di Rio

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Chief de Mission (CDM) Malaysia ke Olimpik Rio de Janeiro, Tan Sri Muhamed Al Amin mengingatkan atlet negara agar segera menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.

“Soal tekanan tidak menjadi masalah kerana itu mereka dihantar awal supaya cepat untuk sesuaikan diri dari segi masa, persekitaran dan makanan,” katanya kepada pemberita semasa menghantar kumpulan pertama atlet negara ke Rio di sini malam tadi.

Atlet kumpulan pertama ini terdiri daripada Jonathan Wong (menembak); Khairul Anuar Mohammad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Ikram Joni (memanah) serta Nur Syazrin (pelayaran).

Sebagai CDM, Al Amin turut merasakan pengalaman dan keterujaan untuk ke Rio adalah suatu yang baharu bagi dirinya.

“Suasana di Olimpik pasti berbeza, semua harus dapat sesuaikan diri dengan segera dan untuk atlet, mereka perlu bersedia, dari segi mental dan bila tiba masanya, buat yang terbaik,” katanya.

Al Amin berkata kebanyakkan atlet yang layak ke Rio, masih muda dan potensi mereka untuk meningkat sangat cerah yang perlu digunakan secara bijak sebagai satu batu loncatan untuk lebih berjaya.

“Ini bukan bermakna kita tidak mahu mereka cemerlang di Olimpik nanti, tapi perjalanan mereka masih jauh dan banyak perkara lagi yang boleh dipelajari,” katanya yang yakin kontingen negara mampu untuk mencipta kejutan di Rio.

Sejumlah 32 atlet negara layak ke Sukan Olimpik di Rio de Janiero yang akan berlangsung pada 5 hingga 21 Ogos.

Atlet lain yang akan turut mewakili negara adalah Mohd Azizulhasni (berbasikal); Fatehah Mustapa (basikal trek); Pandelela, Ooi Tze Liang, Ahmad Amsyar Azman, Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee (renang/terjun); Khairulnizam Mohd Affendy (pelayaran).

Welson Sim dan Phee Jinq En (akuatik); Nauraj Singh dan Zaidatul Husniah Zulkifli (olahraga); Heidi Gan (renang marathon), Mohd Hafifi Mansor (angkat berat) Danny Chia, Gavin Kyle Green, Kelly Tan, Michelle Koh (golf).

Selain itu, Datuk Lee Chong, Wei Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tee Jing Yi, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei dalam acara badminton. – BERNAMA

Tags: atlet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd