ANIS Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus mengakui dia kini sukar mendapat kehidupan privasinya seperti sebelum ini.
Namun dia akur dengan perubahan tersebut kerana menjadi selebriti merupakan pilihannya sendiri.
Tambahnya, dia bersyukur kerana kehadirannya dalam industri kini semakin dikenali dan diterima umum.
“Saya sangat-sangat merindui kehidupan privasi seperti sebelum ini dimana saya boleh bergerak dan keluar sesuka hati dengan sesiapa pun yang saya mahu.
“Tetapi tak mengapa kerana saya sedia mengadapi cabaran seperti ini dalam kehidupan saya kerana saya yang memilih untuk menjadi seorang selebriti.
Menurut Anis, 28; dia turut bersyukur dan gembira kerana peminatnya sentiasa memberikan sokongan dalam aktiviti seni yang diceburinya.
“Saya gembira dan sangat bersyukur kerana peminat sentiasa menyokong karier lakonan dan nyanyian saya. Bila saya ambil keputusan untuk cuba menceburi bidang nyanyian, peminat suka pula dengan single saya, Mengapa.
“Alhamdulillah peminat tidak pandang dari sudut negatif apabila saya ambil keputusan untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian pula selain berlakon,†ujarnya.
Katanya lagi, dia tidak kisah sekiranya ada segelintir pihak yang mendakwa dirinya tamak kerana menceburi banyak bidang dalam satu masa. – MYNEWSHUB.CC

