• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Jati P.Pinang Desak LGE Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sekumpulan 30 orang anak jati Pulau Pinang hari ini berkumpul di hadapan bangunan Komtar yang menempatkan pejabat Ketua Menteri, bagi mendesak Lim Guan Eng berundur.

Ahmad Yakqub Nazri, 34, yang mewakili kumpulan individu itu berkata Lim perlu meletak jawatan berikutan berhadapan dengan kes rasuah melibatkan pembelian banglo.

“Kerajaan negeri yang ada sekarang adalah kerajaan talam dua muka. Ketua menteri boleh duduk di banglo yang berjuta-juta ringgit sedangkan tidak ada projek kerajaan negeri yang membina rumah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi di pintu masuk hadapan Komtar di sini.

“Saya bercakap mewakili generasi muda…bagaimana anak-anak muda yang bekerja dengan gaji RM2,000 atau RM1,500 hendak beli rumah di Pulau Pinang,” katanya.

Mengenai cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri, Ahmad Yakqub yang juga ahli perniagaan berkata ia hanya bertujuan menunjukkan Lim masih mempunyai sokongan rakyat sekiranya menang pilihan raya itu.

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa ialah bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd