Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan...

PUTRAJAYA - Sebanyak 12 biasiswa ditawarkan menerusi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong sesi pengajian...

Khazanah Bangsa Melayu Perlu...

JOHOR BAHARU - Segala khazanah bangsa Melayu perlu terus dipertahan dan diberi nafas...

Pasar Tani Khas Di...

KOTA BHARU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan Program Jualan Jimat Belanja...

Rafizi Ramli Dipenjara 18...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli hari ini dijatuhi hukuman...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara bergerak lancar dan terkawal setakat pukul 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar.

“Trafik dilaporkan lancar di sepanjang lebuhraya PLUS, ELITE, LINKEDUA, BKE, SPDH & Jambatan Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, PLUS menjangkakan akan berlaku peningkatan trafik pada 11 pagi nanti berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar.


“Dalam keadaan yang sama juga, trafik masih lancar dan terkawal di kedua-dua arah termasuk sekitar Slim River menuju ke Behrang,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori