Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

DBKL Batal Majlis Rumah...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membatalkan sambutan Rumah Terbuka...

Malaysia Sumbang AS$100,000 Untuk...

KUALA LUMPUR - Malaysia berjanji memberi sumbangan sukarela sebanyak AS$100,000 kepada Agensi Kerja...

SPM, STPM Akan Diteruskan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengedarkan topeng penutup hidung kepada...

Isaac Voo K-Pop Pertama...

ISAAC Voo bakal menjadi sebahagian daripada kumpulan K-Pop dan menariknya dia berasal dari...

Akui Bercinta, Raja Afiq Mahu Bawa Anis Jumpa Keluarga

HERO drama Sayangku Kapten Mukhriz yang sedang ditayangkan di sebuah stesen televisyen tempatan iaitu Raja Afiq akui dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres Anis Al-Idrus sejak sebulan lalu.

Menurut sebuah portal berita tempatan, pemilik nama Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata, hubungannya dengan Anis bermula ketika mereka sama-sama menjayakan beberapa acara yang dianjurkan oleh TV3 pada Ramadan lalu.

Akui Bercinta, Raja Afiq Mahu Bawa Anis Jumpa Keluarga
Raja Afiq

“Alhamdulillah, saya dan Anis dalam peringkat untuk kenal hati budi masing-masing dan bolehlah dikatakan kami sedang bercinta.

“Kami berkenalan ketika saya menjadi duta Syukur Selalu pada Ramadan lalu dan dia (Anis) juga rajin menghadiri majlis-majlis anjuran TV3,” katanya.

Bagaimanapun, Afiq turut memberitahu dia juga merancang untuk membawa Anis bertemu keluarganya dan merancang ke fasa seterusnya sekiranya mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya seorang yang tidak suka hubungan yang lama dan jika masing-masing bersedia dan keluarga juga mengizinkan apa salahnya teruskan sahaja.

“Lagi pula saya tidak kisah tentang jarak umur kerana saya memang suka wanita lebih tua dan matang berbanding wanita muda. Insya-Allah, selepas dia balik bercuti saya akan bawa dia bertemu keluarga saya terlebih dahulu,” jelasnya.

Akui Bercinta, Raja Afiq Mahu Bawa Anis Jumpa Keluarga
Raja Afiq dan Anis Al-Idrus

Akui Bercinta, Raja Afiq Mahu Bawa Anis Jumpa Keluarga

Ditanya mengenai keperibadian Anis, ternyata Afiq senang dan selesa dengan sifat Anis yang disifatkan sebagai seorang yang memahami dan menyenangkan.


“Saya senang bersama dia kerana sikapnya yang sering merendah diri walaupun lebih berpengalaman dalam industri.

“Lagi pula, dia juga tidak terlalu cerewet dan sangat memahami kerjaya saya kerana dia juga seorang artis,” ujarnya.

Malah kenyataan bahawa mereka sedang bercinta turut diakui oleh empunya badan kepada sebuah portal berita.

“Ya, dia kekasih saya. Serik atau tidak bercinta dengan artis itu bukan persoalan. Apa yang terjadi antara saya dan dia tidak dirancang. Kisah lama saya juga sudah terpadam dan tidak perlu diungkit lagi.

“Walaupun umurnya masih muda, namun perangai dan kelakuannya sangat matang,” kata Anis. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori