• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi Gelek: Ira Kaza Saja Nak Publisiti Untuk Masuk AF2016?

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini, nama Ira Kaza mula menjadi perhatian netizen selepas tersebar rakaman menunjukkan aksi geleknya yang menerima pelbagai kritikan dan kecaman hebat orang ramai.

Antara perkara yang menjadi persoalan ialah adakah ia merupakan satu strategi untuk mendapatkan publisiti supaya namanya dikenali ataupun sekadar ketidak-matangan seorang remaja yang berusia 21 tahun?

Mana taknya… Lepas kecoh isu video gelek, tup tup dapat tahu yang Ira juga merupakan salah seorang peserta ujibakat AF2016 rupanya.

Ia didedahkan sendiri oleh portal milik Astro yakni Astro Gempak.
Aksi Gelek: Ira Kaza Saja Nak Publisiti Untuk Masuk AF2016?

Mungkin ia sekadar kebetulan tetapi yang nyata kini Ira Kaza sudah dikenali sampai Selatan Siam rasanya.

Baca: Dek Gelekan Maut, Nama Ira Kaza Jadi Trending

Posting Mynewshub berkenaan video gelek Ira juga menerima hentaman dari pengguna media sosial kerana aksinya itu dikatakan telah mencemarkan imej seorang yang bergama Islam.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa pihak yang memandang video tersebut dari sudut ‘positif’ dan mengatakan dia memiliki teknik tarian yang hebat dan boleh diketengahkan.

Susulan itu, ayahnya Kazar, telah meminta maaf dan mengatakan insiden tersebut sedikit sebanyak mungkin memberi pengajaran kepada anaknya pada masa hadapan.

Baca Juga: Kaza Sedih, Mohon Maaf Video Anak Gelek Maut

Selepas beberapa hari video pertama menjadi viral, muncul pula video baru yang lebih seksi di mana Ira menari tanpa berseluar!

Sekali lagi namanya menjadi viral.

Kali ini, selepas menerima hentaman yang lebih teruk, Ira telah membuat permohonan maaf dan mengatakan dia tidak mengetahui bahawa video geleknya itu menjadi viral kerana dia hanya memuat naik secara ‘suka-suka’.

Baca: Video Ira Kaza Gelek Maut Kembali Muncul Di Internet

Baca Juga: Video Gelek Jadi Kontroversi, Ira Kaza Mohon Maaf

Tidak dapat dinafikan, selepas menjadi viral, nama ‘Ira Kaza’ sudah tidak asing lagi di dunia hiburan. Sebut sahaja Ira Kaza, pasti semua orang akan terkenangkan aksi geleknya itu.

Kalau betul, tahniah kepada Ira kerana matlamatnya untuk mencipta nama sebelum bergelar artis telah berjaya dan pasti ramai yang akan menjadi pengundi setianya di AF2016 kelak.

Kepada Ira, jika berjaya masuk AF2016 dan mana tahu rezeki jadi juara, jangan lupa belanja makan sebab abang juga membantu menaikkan nama Ira. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AF 2016Akademi Fantasiaira kazarvideo gelekviral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peserta Uji Bakat AF2016 Berbaju Raya, Pikat Juri

Next Post

Akui Bercinta, Raja Afiq Mahu Bawa Anis Jumpa Keluarga

Related Posts

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

06/01/2023
0

PETALING JAYA: Melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini, Puteri...

Ira Kazar Sah Bergelar Isteri Syamsul Yusof

Ira Kazar Sah Bergelar Isteri Syamsul Yusof

06/01/2023
1

PETALING JAYA – Spekulasi berkaitan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, dan Ira Kazar yang didakwa sudah bernikah akhirnya terjawab apabila mengesahkan...

Next Post

Akui Bercinta, Raja Afiq Mahu Bawa Anis Jumpa Keluarga

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd