• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaza Sedih, Mohon Maaf Video Anak Gelek ‘Maut’

oleh AK-47
18/04/2022
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HATI ayah mana yang tidak tenteram setelah nama anaknya menjadi topik bualan hangat pengguna Internet berikutan tersebarnya rakaman video berjudul aksi ‘gelekkan maut’ Ira Kaza yang menerima pelbagai kecaman.

Sehubungan perkara itu, pelakon dan penyanyi terkenal, Kazar Saisi hari ini tampil memohon maaf kepada pelbagai pihak dengan menyifatkan tindakan anaknya itu kurang manis untuk tatapan umum.

Kaitan: Dek Gelekan Maut, Nama Ira Kaza Jadi Trending

Menerusi akaun sosial Instagram Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, beliau memohon maaf bagi pihak anaknya itu dan menyatakan bahawa anak gadisnya itu bukanlah seorang anak yang jahat sebaliknya Ira hanya melalui zaman remajanya.

Sebagai bapa, pelakon veteran itu tetap menyayangi Ira dan tidak menyalahkan gadis itu atas kelakuannya.

Bagaimanapun, Kazar meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya serta keluarganya sekaligus menganggap seolah-olah ada pihak yang sengaja mahu mencalarkan dan merosakkan kegembiraan dan keceriaan mereka sekeluarga.

Tidak mahu terus tertekan dengan tohmahan dan kritikan tersebut, pelakon yang pernah meraih gelaran sebagai Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV Anugerah Lawak Warna 2014 ini turut mengumumkan beliau mungkin tidak akan aktif di laman sosial Instagram selepas ini.

Pengumuman Kazar itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut Instagramnya yang rata-rata memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada pelakon serba boleh itu.

Mempunyai lebih daripada 160 ribu pengikut di IG, selama ini Kazar dikenali antara selebriti yang sentiasa mencuit hati pengikut-pengikutnya menerusi kemaskini status-statusnya serta gambar-gambar yang dimuat naik di akaun sosialnya itu.

Bagaimanapun menerusi perkembangan terbaharu di laman sosialnya itu, posting mengenai pemohonan maafnya itu telah dipadamkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aksi lucahkazarudin saisipelakonpelawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

‘Kantoi’ Onani Depan Wanita, Lelaki 55 Tahun Ditahan Polis

‘Kantoi’ Onani Depan Wanita, Lelaki 55 Tahun Ditahan Polis

24/04/2026
0

GERIK – Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan polis selepas tindakannya melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dengan beronani di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd