• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Maut, Kediaman Dipecah Masuk 3 Lelaki

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan jual beli hartanah bergelar Datuk meninggal dunia akibat terkejut selepas kediamannya dipecah masuk tiga lelaki di Bukit Pantai, Bangsar, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Datuk Abdul Haleem Shah Salamat Shah, 72, dan isterinya yang baru tiba di rumah mereka terdengar bunyi bising dari arah dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata Abdul Haleem Shah yang panik menjerit meminta bantuan daripada orang ramai menyebabkan ketiga-tiga lelaki itu terus melarikan diri melalui bahagian belakang rumah.

“Sebaik sahaja tiga lelaki itu melarikan diri, mangsa segera masuk ke bilik tidur utama untuk membuat pemeriksaan namun secara tiba-tiba beliau mengalami sesak nafas dan rebah di biliknya,” katanya kepada Bernama.

Sharul Othman berkata mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 10 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan di rumah mangsa mendapati terdapat lima kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman berkenaan namun ‘decoder’ CCTV yang terletak di dalam bilik tidur utama telah dilarikan suspek bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Katanya suspek melarikan dua bentuk cincin berlian, seutas jam tangan jenama Rolex dan wang tunai mata wang asing yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM60,000.

Sharul Othman berkata suspek dipercayai membakar wayar elektrik sistem penggera rumah dan masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di ruang dapur. – BERNAMA

Tags: kes samunmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd