Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Hari Polis Ke-213...

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Polis ke-213 pada 25 Mac ini ditunda ke...

Kekasih Selebriti Popular Bercerai...

JIKA anda masih ingat artikel yang pernah kami tuliskan sebelum ini mengenai seorang...

Dron Bawa Lelaki Miskin...

KISAH lelaki miskin di Ghana dapat ‘rezeki terpijak’ menunaikan haji menjadi tular di...

Masa Panjang, Kos Tinggi...

KUANTAN - Proses memulihkan tanah perlombongan bauksit untuk pertanian memerlukan kerja yang banyak...

Warga Emas Maut Tangan Terikat

Seremban – Wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan tangan terikat dan muka ditutup tuala dipercayai disamun di rumahnya Taman Paroi Jaya di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.30 malam itu, wanita berusia 78 tahun ditemui anak perempuan berusia 57 tahun yang pulang ke rumah selepas menjaga bapa yang dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) akibat sakit tua.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, ketika pulang anak mangsa mendapati pintu pagar dan jeriji tidak berkunci manakala pintu utama berkunci lalu masuk ke dalam rumah dan menemui ibunya di ruang tamu rumah.

“Wanita itu memanggil jiran yang bekerja sebagai jururawat untuk melihat keadaan mangsa dan menghubungi ambulans. Mangsa disahkan meninggal dunia.

“Hasil siasatan mendapati tiada kesan pecah masuk dan ada kesan jerutan di leher selain rantai emas serta cincin milik mangsa hilang dipercayai disamun.


“Sebelum kejadian, mangsa tinggal bersama seorang pembantu rumah sementara warga Indonesia berusia 30-an,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke HTJ untuk bedah siasat dan pihaknya kini sedang giat mengesan pembantu rumah terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori