• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Kereta Dipandu Bertembung Kenderaan Lain

oleh Ahmad Albab
19/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu bertembung sebuah kenderaan lain di Kilometer 41, Jalan Teluk Intan Sitiawan, Batu 14, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 5.50 pagi itu Norhezleyney Mohd Zakaria, 42, yang memandu kereta Perodua Kancil maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari Sitiawan ke Teluk Intan dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan lain di depanya.

“Ini menyebabkan kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona yang gagal mengelak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Zailan berkata pemandu kereta proton berkenaan, S.Seenivasagam, 25, dan rakannya yang duduk di bahagian penumpang hadapan hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd