• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Kemboja Maut Digilis Lori Selepas Jatuh Motosikal

oleh Ahmad Albab
11/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang wanita warga Kemboja maut akibat digilis sebuah lori membawa muatan besi setelah terjatuh daripada motosikal yang ditunggangnya di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan di sini, semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata ketika kejadian pukul 6.09 petang itu, mangsa Patriah Asri, 22, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Tas di sini selepas tamat bekerja di kilang papan di Sungai Lembing.

Rakan mangsa Asiah Ali, 33, rakyat tempatan yang membonceng motosikal itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan kerana kakinya tersangkut pada tempat letak kaki semasa jatuh, katanya.

“Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan semasa melalui bahu jalan berturap yang dilapisi lambakan pasir menyebabkan mangsa terjatuh ke sebelah
kanan jalan dan pada masa sama lori yang berada di lorong kiri jalan sama tidak dapat mengelak.

“Kejadian menyebabkan mangsa yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah digilis dari bahagian tengah badan menyebabkan badannya terputus dua dan bahagian bawah badan hancur,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata pemandu lori Mohd Zaidi Mohamad @ Moh Daud, 42, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan juga tidak mengalami kecederaan.

Polis, katanya telah mengambil sampel darah dan air kencing pemandu lori dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd